web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Jantung Hospital Serdang Beroperasi Seperti Biasa - Timbalan Pengarah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 1:05PM

Pembedahan jantung mash dijalankan di Pusat Jantung Serdang di tiga makmal yang menjadi bilik bedah mini bagi prosedur tertentu - Gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua isu berkaitan dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang yang baru dibuka selama 15 bulan, dijangka dapat diselesaikan Jun ini, kata Timbalan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Ferwahn Fairis Abd Karim. 

Pusat jantung itu adalah sebahagian daripada hospital utama berkenaan.

Pusat itu dibuka pada Disember 2022 dengan matlamat mengurangkan kebergantungan kepada Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Laporan media baru-baru ini berkata, semua empat dewan bedah pusat itu tidak boleh digunakan dan berdepan masalah penyelenggaraan.

Dalam satu temubual, Dr Ferwahn berkata pusat itu berdepan masalah dengan sistem kawalan suhu.

"Ini sangat perlu bagi memastikan pembedahan dapat dijalankan dengan selamat dan lancar.

"Kami sedang menyelesaikan isu itu, dan buat masa sekarang, tiga daripada empat dewan bedah itu berfungsi. Kami sedang bekerjasama dengan kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Mereka beri kita jaminan semua dewan bedah akan dapat berfungsi sepenuhnya bulan depan," katanya.

Beliau berkata pusat jantung itu kini menguruskan pesakit, dan pada masa ini atas kapasiti 83 peratus.

Katanya, semua wad di pusat itu berfungsi sepenuhnya.

"Bagi perkhidmatan lain, kami beroperasi dengan kapasiti penuh," katanya.

Beliau menekankan sekali lagi, masalah hanya berlaku  di dewan bedah.

"Dewan bedah perlu berfungsi pada tahap kelembapan suhu tertentu bagi membolehkan hasil terbaik untuk pesakit dan pembedahan.

"Ini yang tidak dapat disediakan pada masa ini. Sistem kawalan suhu masih perlu ditetapkan supaya keadaannya ideal, dan itulah masalah utama.

"Kita sudah berhubung dengan kontraktor, dan kerja dipantau oleh JKR. Pertemuan diadakan, kerja baik pulih sedang berjalan dan tarikh akhir akan ditetapkan secepat mungkin.

"Kami harap semuanya selesai pada bulan depan," katanya.

Beliau mengesahkan dewan bedah di bangunan utama hospital itu dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa.

"Tidak tepat mengatakan kami tidak melakukan pembedahan pada masa ini. Semua empat dewan bedah di hospital utama berfungsi.

"Di pusat jantung ini, kita ada empat dewan bedah yang kami panggil makmal, dengan tiga daripadanya berfungsi."

Media melaporkan empat dewan bedah di pusat jantung itu tidak berfungsi kerana masalah penghawa dingin.

Laporan itu, memetik sumber berkata empat dewan bedah di blok utama hospital itu juga berdepan masalah.

Sumber berkata dewan bedah di blok utama mengalami masalah cahaya, penghawa dingin dan meja selepas ditutup sejak dua atau tiga tahun lalu.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiga dewan bedah di pusat jantung itu akan beroperasi bagi kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada Jun ini.

"Buat sementara itu, perkhidmatan kardiologi angiogram di PJS dan rawatan kecemasan pesakit masih berjalan seperti biasa, menggunakan fasiliti di Hospital Sultan Idris Shah," katanya di platform X. - Getaran, 26 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad