web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 4:01PM

Majlis perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2024 diadakan di Taman Tasik Shah Alam hari ini. – Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda ke majlis itu anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Ketibaan Sultan Ibrahim pada 10 pagi disambut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Timbalannya Datuk Aiman Athirah Sabu dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah, Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Jamaliah Jamaluddin, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Sementara itu, Nga dalam sembah alu-aluan berkata Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemaskan sistem jaringan landskap negara, mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri itu, serta melindungi aset dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan landskap.

Beliau berkata ia selari dengan hasrat dizahirkan Seri Paduka Baginda semasa Titah Diraja pada Pembukaan Parlimen Penggal Ketiga agar kerajaan mengambil pendekatan proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan untuk memperkukuh daya saing negara dengan mempunyai ekonomi yang mampan sejajar keperluan semasa.

"Sehubungan itu, Pelan Strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan hala tuju dan fokus untuk memperkasa industri landskap sebagai sumber ekonomi baharu.

"Kini, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia industri landskap bernilai hampir RM30 billion dan ia memberikan sumbangan dua peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian HLN 2024 di Taman Tasik Shah Alam sini hari ini.

Nga berkata untuk itu, HLN 2024 yang bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI' menyatakan dengan jelas kepentingan dan potensi industri itu yang meliputi subsektor pembinaan khususnya perkhidmatan, pembuatan, pengeluaran bahan tanaman dan peruncitan produk landskap bagi tujuan perdagangan pasaran domestik serta eksport, sebagai antara sumber janaan ekonomi negara.

Pada majlis sama, KPKT turut mempersembahkan Laman Diraja dengan konsep 'Dirgahayu Naungan Tuanku' yang diterapkan gabungan elemen seni bina Melayu dengan nuansa Inggeris.

Mercu tanda Gazebo Diraja itu yang berada di tengah Taman Tasik Shah Alam dibina pada kedudukan yang tinggi bagi menggambarkan ketinggian dan keutuhan institusi diraja dalam menaungi rakyat.

HLN 2024 yang bermula semalam hingga 2 Jun ini menjadi platform kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran