web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rupanya Belum Bernikah, Pasangan Kekasih Bijak 'Bersandiwara', Tak Makan Nasihat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 11:03AM

Pasangan yang viral selepas dilihat menunggang motosikal bersama anak berpenyakit kronik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah mereka berhasil menyentuh hati jutaan rakyat Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaik kisah mereka menunggang motosikal bersama anak yang sakit tersebar luas, bantuan daripada pelbagai pihak melimpah ruah dengan sekelip mata.

Bukan sekadar wang ringgit, pasangan berkenaan juga dihadiahkan dengan sebuah kenderaan terpakai yang masih elok keadaannya, supaya tidak lagi ke sana ke mari menunggang motosikal.

Rupanya semua itu hanya sandiwara.

Hakikatnya, Mohd Azlan Ishak dan Norhidayu Halim tidak pernah berkahwin.

Status sebenar mereka terbongkar selepas Imam Masjid Al Maarufi di Kuala Kedah tampil memberikan penjelasan.

Menerusi video, Imam berkenaan memberitahu, pasangan terbabit sudah diarahkan untuk tidak lagi tinggal serumah memandangkan keduanya bukan pasangan suami isteri yang sah.

“Selepas diarahkan, mereka masih tinggal bersama menyebabkan pihak masjid memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) untuk tindakan lanjut.

“JHEAIK pada 1 September tahun lalu telah datang dan memindahkan wanita terbabit (Norhidayu) ke rumah ibunya. Rupa-rupanya mereka kembali tinggal bersama selepas itu,” katanya.

Mengesahkan perkara sama, sumber memberitahu Getaran, pasangan terbabit bukan sekadar bijak bersandiwara, tetapi mereka juga terlibat dalam aktiviti penagihan dadah dan judi atas talian.

“Memang mereka sebenarnya cukup ‘dikenali’ masyarakat setempat. Tak makan ‘saman’. Pisahlah macam mana pun, mesti kembali duduk bersama,” katanya, kesal.

Jelas sumber, sikap pasangan tersebut yang degil juga menyebabkan mereka dihindari penduduk kawasan itu. 

“Ada yang kecam masjid, kenapa tak kahwinkan saja mereka. Macam mana nak kahwin? Perempuan itu masih berstatus isteri orang. Suaminya ada di dalam penjara,” katanya.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.

Mohd Fadli Salleh - Gambar fail
Mohd Fadli Salleh - Gambar fail

Beliau yang mesra dipanggil Cikgu Fadli berkata, sebarang isu yang viral seharusnya disiasat dengan teliti terlebih dahulu, sebelum bantuan dihulurkan.

“Siasat dan tolong jangan persalahkan pihak zakat, orang kampung dan pihak masjid. Biasanya bila kes viral pakat salahkan YB (Yang Berhormat) la, zakat la, orang masjid la. Rupanya bila semak, mereka telah dibantu berkali-kali. Dah selesa hidup dengan bantuan sampai malas kerja.

“Mula reka cerita zakat tak bantu lah apa. Nak pergi minta bantuan dengan gereja dan sebagainya kerana mengharap simpati orang. Membantu dan sedekah itu sikap yang sangat mulia. Cuma pastikan sasaran tu tepat,” katanya, memberi nasihat.

Melahirkan pendapat senada ialah peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.

Menggesa orang ramai mendapatkan fakta yang sahih sebelum menderma, beliau berkata, ia amat penting bagi mengelakkan sumbangan itu jatuh ke tangan yang salah.

“Tolonglah selepas ini jika mahu menderma, dapatkan fakta yang sahih dahulu. Kalau derma tolong ambil tahu jumlah keseluruhan kos harga.

“Contoh kalau derma perubatan, berapa kosnya? Kalau derma untuk sesuatu tujuan, kenal pasti berapa total kosnya? Kemudian minta penerima bentangkan berapa jumlah yang diterima. Minta juga dia sahkan selepas menerima derma adakah bayaran telah dibuat? Kalau telah dibuat sama ada terdapat baki? 

“Jika ada baki, apakah perancangan si penerima untuk menghabiskan baki itu. Digunakan sendiri? Untuk tujuan apa? Atau didermakan kepada mereka yang memerlukan?

“Zaman sekarang, saya lihat kebaikan kita ini disalah gunakan. Hinggakan dikatakan scammer juga kita sibuk menderma, artis dan selebriti kita derma untuk bantuan urusan yang wujudkan sendiri,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pasangan Viral Nafi Larikan Diri, Sedang Urus Pernikahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad