web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 5:18PM

Allahyarham Nor Zamri Latiff berusia 54 tahun. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada 1.38 tengah hari tadi, menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff.

"Keluarga Allahyarham memaklumkan kepada saya bahawa paras oksigennya rendah dan saya terus singgah ke hospital sebelum solat Jumaat. 

"Selepas itu, saya dimaklumkan oleh keluarganya yang Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.38 tengah hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nor Zamri, 54, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut sejak awal bulan ini.

Yang Dipertua PAS Nibong Tebal itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 atau 15,433 undian.

Sementara itu, Muhammad Fauzi berkata jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HSJ sebelum dibawa ke Masjid Sungai Acheh dekat sini untuk disembahyangkan serta dikebumikan pada 6 petang ini.

Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta mengadu sakit perut tiga hari lepas sebelum dihantar ke hospital pada 1 Mei.

Sebelum menyertai PAS pada 1999, Nor Zamri bertugas di bahagian Kawalan Kualiti (QC) di sebuah kilang di Perai dan Allahyarham memulakan perniagaan dalam pembuatan roti arab 10 tahun yang lepas. – BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad