web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Boleh Tangguh Kongres Nasional Sehingga 30 Jun - MKN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:29PM

Pengerusi Lembaga Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada perasmian Majlis Kongres Wanita PKR secara maya semalam. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menjelaskan bahawa Kongres Nasional PKR ke-15 yang dijadual esok  boleh ditangguhkan sehingga 30 Jun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Rabin Basir berkata ia berdasarkan pandangan yang diterima parti berkenaan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan perkara itu.

"Dalam satu surat dihantar kepada pengurusan PKR, MKN telah memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan juga pandangan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),  Kongres Nasional PKR boleh dilaksanakan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

"Walau bagaimanapun, oleh kerana PKR telah mendapat pandangan daripada RoS bahawa mereka boleh menangguhkan kongres mereka sehingga 30 Jun ini, MKN melihat pandangan tersebut lebih sah bergantung kepada keadaan semasa iaitu kita sedang melaksanakan sekatan pergerakan penuh," katanya ketika dihubungi Bernama TV di sini malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Kongres Nasional PKR secara dalam talian esok.

Terdahulu Pengarah Kongres Nasional PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKR telah menerima surat daripada MKN dan makluman lisan daripada RoS, masing-masing pada jam 6.21 petang Jumaat yang mengarahkan tersebut ditangguhkan.

Tanpa memperincikan sebab persidangan berkenaan diarah ditangguhkan, Setiausaha Pengelola PKR itu berkata arahan terbaharu itu bertentangan dengan surat MKN bertarikh 27 Mei lepas menyatakan tiada halangan terhadap penganjuran kongres yang diadakan sepenuhnya dalam talian.

“PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Butiran keputusan akan diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khas menerusi Facebook parti pada jam 11 pagi esok,” katanya yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.

Semalam telah berlangsung persidangan secara maya melibatkan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad