web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 1:17PM

Ucapan takziah yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit dalam tragedi nahas helikopter di Lumut pagi tadi.

Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, Sultan Ibrahim turut bertitah mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci berhubung nahas tersebut.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Saya juga mahukan (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Seri Paduka Baginda.

TLDM dalam satu kenyataannya pagi ini, mengesahkan 10 anggota dan pegawainya maut selepas dua helikopter yang dalam sesi latihan bertembung dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Kedua-dua helikopter itu dilaporkan dalam sesi latihan raptai untuk Hari TLDM ke-90 dijadualkan pada 3 dan 5 Mei ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi, kedua-dua pesawat yang berlepas dari Padang Setiawan sedang menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Unit Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut memaklumkan, tujuh daripada mangsa adalah kru pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim, manakala tiga lagi mangsa adalah kru dari pesawat jenis FENNEC TLDM.

Kenyataan itu menyebut, kejadian berlaku pada raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu.

Susulan tragedi itu, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada masa sama, TLDM juga memohon untuk orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan. – Getaran, 23 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad