web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:44AM

Masyarakat Orang Asli di Kuala Kubu Baharu antara komuniti di negara ini yang memerlukan bantuan termasuk peluang pekerjaan yang lebih baik bagi menjana pendapatan selesa. - gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kelab Friends of Selangor sudah pun menggerakkan usaha untuk melihat apa yang boleh dilakukan bagi membantu komuniti Orang Asli di Kuala Kubu Baharu.

Pengerusinya, Siti Noor Suhaida, yang juga dikenali sebagai Hawa, berkata sasaran utama kumpulan itu adalah untuk menambahbaik situasi ekonomi Orang Asli.

"Kami menggalakkan komuniti Orang Asli di sini untuk mendaftar sebagai malim gunung.

"KKB mempunyai banyak denai pendakian, hutan, Sungai dan aktiviti luar lain. Ini adalah santara tarikan di sini,” katanya kepada The Vibes.

Beliau berkata, golongan muda Orang Asli juga berminat dengan aktiviti luar.

Ketika ini, Hawa sedang menggalakkan anak muda Orang Asli untuk menghadiri kursus aktiviti luar yang dijalankan Jabatan Perhutanan Selangor.

Beliau berkata, ketika ini ada lebih 10 malim gunubg di komuniti KKB.

"Apa yang cuba kami lakukan ialah untuk menarik anak muda Orang Asli terbabit supaya mereka boleh menjana pendapatan,” katanya.

Antara denai pendakian yang memerlukan khidmat malim gunung adalah Bukit Kutu, Bukit Batu Pahat, Gunung GAP dan Gunung Ulu Semangkok.

“Mereka yang mahu menjalankan aktiviti pendakian di sini perlu mendapatkan permit di pejabat perhutanan cawangan Rawang dengan kos RM5. Pendaki juga memerlukan khidmat malim gunung.

“Justeru, jika penduduk Orang Asli mendapat pensijilan sebagai malim gunung, mereka boleh menjana pendapatan,” katanya.

Pengerusi Friends of Selangor, Siti Noor Suhaida. - gambar Najjua Zulkefli
Pengerusi Friends of Selangor, Siti Noor Suhaida. - gambar Najjua Zulkefli

Hawa berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat bila kursus berkenaan akan dijalankan dan akan membantu menaja anak muda Orang Asli.

“Kami juga sedang mencari dana untuk membayar kos kursus yang akan disertai. Setakat ini, kami sudah menaja enam anggota Orang Asli untuk menyertai kursus malim gunung.

Pada masa sama, Hawa juga berharap wakil rakyat Baharu kelak akan membantu Orang Asli untuk melihat bagaimana mereka boleh menyumbang kepada masyarakat.

“Seperti wakil rakyat menyantuni penduduk tempatan di kedai kopi dan kawasan lain, mereka juga perlu melawat komuniti Orang Asli,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kosong selepas kematian penyandang selama tiga penggal dari DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat barah.

Hari mengundi dijadualkan pada 11 Mei ini manakala 27 April adalah hari penamaan calon dan undi awal pada 7 Mei.

Kawasan pilihan raya Kuala Kubu Baharu mempunyai lebih 40,000 pengundi berdaftar terdiri daripada 50 peratus Melayu, 30 peratus Cina dan 18 peratus India manakala dua peratus lagi lain-lain kaum. – The Vibes, 23 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar