web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gunung Ruang Meletus: Jabatan Kesihatan Sabah Pantau Kualiti Udara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 12:41PM

Gunung Ruang. - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Sabah mengingatkan orang awam untuk berwaspada dengan kualiti udara, susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara.

Pengarahnya, Datuk Dr Asitas Sana, berkata kualiti udara di Sabah ketika ini masih dalam keadaan baik dan tiada keperluan mendesak untuk pemakaian pelitup muka ketika di tempat awam.

"Bagaimanapun, orang awam dinasihati untuk mendapatkan rawatan daripada fasiliti kesihatan berdekatan jika mereka mengalami kesukaran bernafas," katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Asitas berkata, jabatan itu sedang memantau semua fasiliti kesihatan di Sabah bagi kemungkinan impak kesihatan, terutama penyakit berkaitan jerebu seperti jangkitan paru-paru, asthma, konjunktivitis.

Beliau juga memberi jaminan kepada orang awam bahawa pihaknya akan memaklumkan mengenai kualiti udara dan nasihat kesihatan terkini apabila perlu.

Sementara itu, beberapa letusan Gunung Ruang di Indonesia direkodkan, dengan kepulan debu mencecah ketinggian sehingga 3,000.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan ketinggian ketara letusan itu, mencecah sehingga 16,764 meter (55,000 kaki) di udara.

Beberapa kawasan di Pulau Sulawesi dilaporkan mengalami awan abu dan pembebasan gas berbahaya termasuk karbon dioksida dan sulfur dioksida (CO2).

Pelepasan gas sulfur dioksida daripada letupan gunung berapi diketahui boleh mengakibatkan hujan asid dan pencemaran udara mengikut arah angin dari gunung berapi.

Ia menyebabkan risiko kesihatan ketara, termasuk penyakit berjangkit, penyakit pernafasan, melecur, kecederaan akibat jatuh, dan kemalangan berkaitan dengan keadaan jalan yang berbahaya. - The Vibes, 21 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad