web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keselamatan Jemaah Haji Jadi Keutamaan Kerajaan – Mohd Na’im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia. 

"Jaminan daripada Kementerian Haji dan Umrah pada saya,mereka nak pastikan bahawa apa sahaja musibah yang berlaku, mereka ini sudah ada alternatif yang mereka akan lakukan.

"Apa yang penting untuk jemaah haji, dengan niat yang kita ada untuk menunaikan haji, kita sama-sama doakan Allah mudahkan dan beri keselamatan kepada kita," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.

Mohd Naim berkata, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan dan suasana perang di antara lran dan Israel.

"Maklumat yang kita terima setakat ini keadaan adalah terkawal. Saya beri jaminan di sini, kebajikan, keselamatan jemaah haji itu keutamaan kita, sama ada di peringkat kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia dan TH. 

“Kita ingin pastikan keselamatan jemaah haji terjamin. TH dan kerajaan mengikuti rapat suasana di Timur Tengah dan kita akan memaklumkan kepada jemaah haji tentang perkembangan daripada semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu Mohd Na'im berkata, seramai hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi, bagi memudahkan urusan jemaah haji.

Beliau berkata, kesemua petugas tersebut telah diberikan kursus sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

"Petugas TH akan memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan jemaah haji tahun ini, mudah urusan mereka daripada semua aspek meliputi aspek ibadat, kesihatan dan kebajikan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Mohd Na'im mengingatkan bakal haji, supaya mempersiapkan diri sama ada daripada aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas, berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.

Selain itu beliau turut menasihatkan bakal haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman ringan dan mengambil makanan yang sihat, agar terus kekal sihat sepanjang berada di tanah suci.

"Pada masa sama, saya amat berharap para jemaah haji Malaysia sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa patuh kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan iuga Tabung Haji." katanva. 

Kursus Perdana Haji ini merupakan kursus persediaan terakhir untuk bakal jemaah haji, sebelum berangkat ke tanah suci dan dianjurkan bermula 20 April hingga 5 Mei di 17 buah lokasi terpilih seluruh negara, yang menghimpunkan seramai 31,600 bakal haji.

Kursus ini memberi lebih fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti tawaf, sa'ie, berwukuf dan melontar jamrah, sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran suasana sebenar di tanah suci. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad