Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 7:04PM

Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, petang tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada 3.15 petang.

Allahyarham disemadikan bersebelahan pusara anaknya, Allahyarham Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013.

Kenderaan membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 2.50 petang. 

Sebelum dikebumikan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyerahkan Jalur Gemilang yang menutup keranda Allahyarham kepada anak keduanya Abdul Rahmat Omar sebagai simbolik penghormatan terakhir PDRM.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang di kediamannya di Shah Alam, Selangor memegang jawatan KPN keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Jan 1994.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara sebelum solat jenazah disempurnakan dan dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Solat jenazah tersebut disertai kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, pegawai tertinggi PDRM dan sahabat handai. 

Turut hadir di Masjid Negara, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Razarudin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Timbalan KPN Tan Sri Mazlan Mansor.

Hadir sama, Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Nor, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman SAC Nik Ezanee Mohd Faisal.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan jenazah Mohammed Hanif akan dikebumikan di Makam Pahlawan di sini, bagaimanapun Abdul Rahmat Omar memberitahu media bahawa atas permintaan keluarga, jenazah ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Politik 16 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar