web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 5:21PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di sini.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tiba di pusat peringatan itu pada 2.22 petang dan disambut anak mendiang, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, sebelum bertemu ahli keluarga termasuk balu mendiang Puan Sri Melinda Mak Soak Fong. 

Anwar kemudian beramah mesra dengan hadirin di pusat itu sebelum beredar untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Joseph, 79, yang merupakan pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Rabu lepas (17 April) dan jasad mendiang yang diterbangkan dengan pesawat komersial tiba di sini, pada 11.20 Khamis malam.

Mendiang adalah bekas Ahli Parlimen Pensiangan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional).

Joseph bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994 dan anaknya Arthur yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden pada Januari tahun lepas. 

Pada Rabu lepas, Anwar dalam hantaran laman Facebooknya mengucapkan takziah kepada Arthur serta keluarga atas pemergian Joseph. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran