web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 4:19PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkara itu penting bagi mengelakkan anak-anak atau pelajar terdedah kepada sebarang risiko berbahaya khususnya ketika terlibat dalam aktiviti luar kelas.

"Ini adalah satu peringatan tegas, jangan didedahkan anak-anak kepada risiko di luar kemampuan mereka.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa konsisten mengeluarkan nasihat supaya mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko hidrasi. 

"Ibu bapa perlu jujur (maklumkan kesihatan anak) dan pihak sekolah tidak memaksa anak-anak terdedah kepada situasi itu atas faktor risiko. Sangat mustahak perkara ini diambil perhatian," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Aidilftri Amanah Johor di Kampung Parit Keroma di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihak sekolah perlu mempunyai maklumat berkaitan status kesihatan pelajar, beliau berkata KKM akan memperhalus perkara berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab dilaporkan berkata seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Syahrul Anuar dipetik berkata, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar