web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 10:30PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun, ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Media tempatan melaporkan, Joseph yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), dikatakan tidak sihat sejak sekia lama.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan anaknya, Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph melalui akaun media sosialnya.

“Terima kasih ayah. Anda yang terbaik. Saya menyayangi ayah sepenuh hati saya,” menurut hantaran dalam yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu.

Joseph yang pernah menjawat, jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sebelum ini bersara daripada politik pada Januari tahun lalu.

Mendiang adalah juga ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS, komponen Barisan Nasional (BN) pada 1994.

Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan sekali lagi dari 1994 hingga 1999.

Jawatan terakhirnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) antara 2013 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Joseph tidak mempertahankan kerusi Pensiangan sebaliknya memberi laluan kepada Arthur.

Sementara itu, pemergian Joseph turut dirasai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin negara itu turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Joseph melalui akaun media sosialnya,

“Kepada Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga, moga tabah dan kuat dalam menerima khabar duka akan pemergian Tan Sri Joseph Kurup hari ini.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga mendiang. Jasa dan pengorbanan mendiang sewaktu menjadi menteri di peringkat persekutuan dan negeri, pastinya akan dikenang rakyat serta negara,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam satu hantaran melalui Facebook, turut mengucapkan takziah atas pemergian Joseph.

“Selesai berbuka puasa sebentar tadi, saya bersama dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan mendapat perkhabaran dukacita pemergian Mendiang Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

“Mengenali Mendiang sebagai seorang rakan, tokoh politik dan pemimpin yang amat disegani. Perjuangan dan sokongan beliau bersama Barisan Nasional amat dihargai dan kini disambung legasinya oleh anak beliau, YB Arthur Joseph Kurup.

“Saya mewakili Barisan Nasional menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Semoga terus kuat dan tabah dengan berita ini,” katanya.

Joseph yang dilahirkan pada 15 Disember 1944 di Pensiangan, Sabah, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam anak termasuk Arthur. – Getaran, 17 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar