web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 8:36PM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengurangkan subsidi minyak tahun ini, dalam usahakan mengecilkan defisit fiskal negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan akan mengurangkan subsidi berkenaan secara beransur-ansur, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api, dengan risiko kemungkinan inflasi meningkat sebelum pelan itu dilaksanakan.

“Negara berada di landasan tepat untuk menyalurkan bantuan bersasar kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan akan tetap melaksanakannya (rasionalisasi subsidi minyak),” katanya seperti dilaporkan Bloomberg.

Beliau berkata, kerajaan perlu menepati garis masa yang ditetapkan bagi mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus.

Tahun lalu, Rafizi dilaporkab berkata, kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar terhadap RON95 pada suku kedua 2024.

Beliau berkata, 2024 akan menyaksikan usaha kerajaan bagi melaksanakan dasar manakala pengwujudan Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan perlu ‘menguruskan urutan’ pengurangan itu, dengan mengambil kira kemungkinan peningkatan inflasi walaupun sebelum pengurangan subsidi dilaksanakan.

Katanya, kerajaan sudah menjangkakan perasaan tidak puas hati dan masalah sebaik ia dilaksanakan, naun ia tidak mampu berpatah balik selepas ia diimplementasikan.

Pada masa sama, Rafizi berkata, nilai ringgit yang merosot tidak menghalang minat pelabur asing atau menjejaskan aspirasi kerajaan.

“Bagi Kementerian Ekonomi, kami tidak nampak turun naik ringgit mula menjejaskan penstrukturan semula jangka panjang ini,” katanya.  - The Vibes, April 17, 202

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad