web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seludup PATI: Polis Tembak Tayar Pemandu Elak Sekatan Jalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 8:27PM

gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Aksi nekad seorang pemandu tidak berhenti di satu sekatan jalan raya, selain memandu secara melulu, memaksa pihak polis melepaskan lima das tembakan bagi menghentikan kenderaan itu supaya tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek yang memandu kereta jenis Proton Perdana terlebih dulu memecut bagi mengelak daripada diperiksa dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Sungai Lebey, Gerik.

Susulan itu, Unit Kereta Peronda (MPV) polis Gerik kemudiannya melaksanakan Ops Kesan sebelum menemukan kenderaan suspek di sebuah stesen minyak dekat Kuala Rui, dalam daerah itu.

"Ketika pemeriksaan hendak dijalankan terhadap kenderaan tersebut, pemandunya sekali lagi memecut menuju ke Baling. Melihat keadaan itu, MPV Gerik telah meminta bantuan dari pihak MPV Baling.

"Anggota MPV Gerik turut memberi amaran supaya kenderaan itu dihentikan melalui alat perhubungan Spectra sebanyak tiga kali, namun suspek tidak mengendahkannya dan terus memecut laju serta melulu.

"Berikutan itu, tembakan amaran dilepaskan ke arah tayar kenderaan suspek. Bagaimanapun, kereta itu terus dipandu secara merbahaya hingga terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang, dekat sini," katanya.

Katanya, sebaik sahaja kereta itu terhenti, dua suspek dipercayai pemandu dan penumpang di bahagian hadapan segera melarikan diri. 

"Pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan itu menemukan seorang lelaki dan tiga perempuan warganegara asing berusia 23 hingga 39 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan sah.

"Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, katanya, seorang suspek berusia 30 tahun yang melarikan diri berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Stesen Bas Gerik.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan dijalankan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/1963.

Difahamkan jarak antara lokasi suspek mula memecut dari SJR dengan tempat kereta itu terbabas dianggarkan kira-kira 70 kilometer.

Kesemua warganegara asing tersebut dipercayai masuk ke negara ini melalui sempadan di Kelantan. - Getaran 15 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad