Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suspek Kes Tembak Isteri Punya Rekod Jenayah Lampau, Pernah Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 1:07PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Suspek yang cuba melepaskan tembakan ke atas isterinya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, disahkan mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah ditahan polis sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata isteri suspek pernah membuat dua laporan berunsur jenayah iaitu pada 2016 dan 2023 terhadap suspek.

“Mangsa membuat dua laporan ugutan jenayah, terbaharu pada Disember tahun lepas. Hasil laporan itu, suspek ditangkap pihak polis.

“Kami telah hantar kertas siasatan namun atas beberapa arahan lain yang perlu dilaksanakan dan saya rasa mengambil daripada insiden terakhir itulah, isteri suspek mengambil keputusan untuk menggajikan pegawai peribadi,” katanya pada sidang media lokasi di Lapangan Terbang Antarabansga Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi ini.

Pada masa sama, Mohd Shuhaily turut mengulangi bahawa motif kes tembakan itu adalah serangan peribadi.

Beliau turut mengesahkan pasangan itu yang juga rakan kongsi dalam syarikat kembara, sedang dalam proses bercerai.

Ketika kejadian, katanya, isteri mangsa difahamkan sedang menunggu untuk menyambut jemaah umrah yang tiba di KLIA Terminal 1.

Selain rekod ugutan jenayah, suspek juga mempunyai rekod kesalahan mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.

Sehubungan itu, Mohd Shuhaily meminta supaya suspek yang kini sedang diburu untuk menyerah diri

“Saya amat menyarankan suspek beri kerjasama serah diri secara aman kepada pihak berkuasa.

“Pihak polis kenal pasti suspek  bersenjata dan berbahaya dan orang awam  boleh berkongsi maklumat tapi dan jangan bertindak sendiri,” katanya.

Selain itu, beliau meminta orang ramai tidak bimbang dengan insiden tersebut kerana ia bukan tindakan rambang.

Katanya, pihak polis sedang mengkaji langkah yang akan diambil untuk menambah baik kawalan keselamatan di lapangan terbang itu bagi mengelakkan kes seumpama itu berulang.

“Insiden berlaku secara khusus ada sasaran jadi orang ramai tak perlu bimbang sebab ia bukan tindakan rambang,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian awal pagi tadi, Mohd Shuhaily berkata, ada dua pengawal peribadi, termasuk mangsa yang terkena tembakan, mengawal keselamatan isteri suspek di tempat kejadian.

Katanya, mangsa juga terkena tembakan yang dilepaskan pada jarak dianggarkan antara 3 hingga 4 meter.

“Daripada apa yang kita lihat dan nilai, pengawal peribadi terbabit menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

“Dia memang menghalang tembakan itu,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Akta Senjata Api 1960.

Tular hari ini, suasana kelam kabut akibat kejadian berkenaan yang berlaku ketika orang awam sedang menunggu ketibaan jemaah umrah atau berada di KLIA atas urusan untuk memulakan perjalanan, turut dirakam beberapa individu dan dikongsikan melalui media sosial

Melalui satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @zakwanyaakub, kelihatan seorang lelaki berlari manakala beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sekali bagasi di Balai Ketibaan di Terminal 1.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini dilaporkan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dipercayai ditujukan kepada majikannya. – Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 19 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran