web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wabak Melioidosis Cetus Kebimbangan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:57PM

Gambar yang menunjukkan notis penutupan padang ragbi di Tanjung Aru yang tular di media sosial. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa kesihatan di Sabah kini berjaga-jaga selepas mengesan satu kes jangkitan melioidosis di Padang Ragbi Tanjung Aru, dekat sini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Asits Sanna, berkata kes berkenaan dinotifikasikan pada 11 Mac lalu selepas seorang individu yang mengalami kecederaan sewaktu bermain ragbi di padang berkenaan, mendapatkan rawatan.

"Sampel tanah telah diambil di lokaliti berkenaan berdasarkan pergerakan kes yang pernah bermain ragbi di padang ragbi itu.

"Satu sampel didapati positif dengan bakteria Burkholderia pseudomallei iaitu ejen penyebab kepada penyakit melioidosis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemakluman itu dibuat selepas satu hantaran melalui media sosial yang memaklumkan mengenai penutupan padang berkenaan untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.

Sebanyak 44 kes melioidosis dilaporkan di Sabah tahun ini, mencatatkan peningkatan 12.8 peratus berbanding 2023.

Kebanyakan kes berkenaan dilaporkan di enam daerah, dengan Sandakan mencatatkan bilangan tertinggi, diikuti Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang, dan Keningau.

Melioidosis disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei, yang sering ditemui pada permukaan tanah dan air.

Simptom penyakit ini termasuk demam, sakit sendi, batuk, sakit dada, kudis, bisul, nanah, sakit kepala, hilang selera makan dan rasa lesu seluruh badan.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Dr Asits berkata, penularan jangkitan boleh berlaku melalui saluran pernafasan (debu dan titisan air yang tercemar), terminum air yang tercemar atau melalui luka di kulit.

Katanya, manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria terbabit. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu musim hujan.

"Golongan yang berisiko tinggi ialah mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, talasemia, kanser atau lain-lain keadaan daya tahan (imuniti) badan yang rendah," katanya.

Beliau berkata, penyakit itu boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu, serta rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit, terutamanya golongan berisiko tinggi, daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk dan mengelakkan daripada kematian. – The Vibes, 13 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad