web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukarelawan Kemanusiaan Cedera Dalam Serangan Israel Di Rafah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 4:49PM

Lori bantuan ke Gaza. - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serangan terkini tentera Israel di Rafah semalam mencederakan beberapa sukarelawan kemanusiaan yang sedang memunggah barangan bantuan Ops Ihsan.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari, menerusi kenyataan berkata, serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.

"Makanan asas ini akan dihantar ke utara Gaza di mana tahap kebuluran meningkat ekoran sekatan Israel ke atas bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan," katanya. 

Beliau yang juga Presiden Malaysian Humanitari Relief (MAHAR) berkata semalam, fasa penghantaran makanan dari kumpulan ketiga berjumlah 13,000 kotak makanan telah melepasi pintu Gaza, tambahan kepada 33,000 pek yang dihantar sebelum ini.

"Ekoran tekanan antarabangsa akibat Israel menyerang sukarelawan World Central Kitchen, lebih 200 lori dibenarkan masuk sehari berbanding kurang daripada 100 sehari sebelum ini.

"Ini inisiatif di bawah Ops Ihsan yang dilaksanakan MAHAR daripada dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dan sumbangan awam," katanya.

Semalam Agensi Berita Anadolu melaporkan beberapa wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di Tengah Semenanjung Gaza.

Wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza antara yang tercedera dalam serangan itu.

Lebih 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan infrastruktur rosak atau musnah. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad