web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan 8 Individu Bantu Siasatan Rusuhan Di Genting Highlands

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:30AM

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (tengah). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menerusi kenyataan berkata, kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.

Mereka adalah Lim Yong Sen, 43, beralamat terakhir di Taman Kempas Utama, Johor; Tay Kim Dar, 44, beralamat di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor; Ong Jun Chuan, 39, dari Taman Desa Kempas, Johor dan Ivan Koh Zhen Yee, 23, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.

Turut dicari, Khor Soon Tit, 24, beralamat di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang; Swe Kah Fai, 25, Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak; Tan Chun Hou, 22, Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.

Beliau berkata, polis sebelum ini menahan empat lelaki tempatan yang terlibat dalam kes berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.

"Kesemuanya mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini," katanya.

Yahaya sehubungan itu meminta orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2222 222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.11 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Nafi Siasatan ‘Diperam’, Majoriti Kes Diselesai Ikut Tempoh - Ahmad Rosli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

4

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad