web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan - JBPM Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 5:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik masih diteruskan melibatkan 70 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata ketika ini kira-kira satu hektar daripada keseluruhan kawasan masih terbakar namun pada tahap terkawal.

"Kebakaran berlaku sejak kelmarin (7 April) selain kerja-kerja pemantauan dan tindakan operasi diteruskan lagi hari ini dengan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah Kinta, Kerian, Larut Matang dan Selama (LMS) serta Gerik. 

"Sisa kebakaran dianggarkan berbaki lebih kurang satu hektar dengan membabitkan beberapa lokasi yang masih terdapat lagi api dan kepulan asap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, proses pemadaman kebakaran itu mengambil sedikit masa ekoran struktur tanah berlubang serta terdapat banyak pokok tumbang yang menghalang laluan.

"Kenderaan pacuan empat roda milik kami sukar untuk mengakses kawasan yang masih terbakar selain bantuan dari unit udara (helikopter) tidak dapat digunakan kerana terlibat dengan operasi kebakaran hutan di Pahang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad