web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemantauan Berterusan Kekang Ajaran Sesat Di Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 6:58PM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pahang sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang bentuk ajaran mencurigakan atau sesat bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan baik agar kesucian akidah dan pegangan umat Islam di negeri ini terus terpelihara.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini. 

"Kerajaan negeri menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran salah atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Sebagai masyarakat mempunyai pendidikan agama, kita tidak boleh membiarkan diri terperangkap dalam jaringan ajaran sesat dengan perlu merujuk kepada ahli agama bertauliah dan berautoriti sekiranya terdapat sebarang kekeliruan serta ajaran bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy berkata, sekiranya ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfiri, Syiah dan apa jua ajaran sesat tidak dibendung, dibimbangi boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku seseorang itu selain berisiko membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Semoga kita bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran sesat," katanya. 

Sebelum ini, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Rompin mengingatkan umat Islam di negeri agar menghindari apa jua bentuk ajaran salah atau sesat dan hanya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad