web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Akmal Ditahan Di Sabah, Ikrar Tetap Teruskan Perjuangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 12:00PM

Tangkap layar Dr Muhamad Akmal Saleh (kanan) ketika diiringi memasuki kereta polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Salleh ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah hari ini, dipercayai kerana tindakannya yang lantang menggesa orang ramai memboikot kedai serbaneka, KK Mart. 

Beliau menerusi hantaran ringkas di Facebook mengesahkan penahanan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu bagaimanapun berkata, perjuangan dan pendirian dalam isu melibatkan KK Mart itu kekal tidak berubah.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi. 

“Insya Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Pegawai khas Dr Muhamad Akmal, Muhammad Syahmi Basmi ketika dihubungi Getaran turut mengesahkan kejadian tersebut dan berjanji akan berkongsi maklumat lanjut sebaik pemimpin muda itu selesai merakam keterangan.

“Ya, YB (Dr Muhamad) Akmal sekarang berada di IPD (Kota Kinabalu) Sabah dan kini kita tengah tunggu proses selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata, penahanan Akmal dibuat susulan dua laporan yang diterima pihak berkuasa  berhubung isu terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhamad Akmal sebelum ini lantang menggerakkan misi memboikot KK Mart susulan penjualan stoking bercetak kalimah Allah.

Bagaimanapun pada 23 Mac lepas, kumpulan protes yang mahu membantah isu tersebut membuat kesilapan apabila berhimpun di hadapan pasar mini 99 Speedmart, yang jelas dimiliki syarikat berbeza.

Susulan gerakan boikot itu, tiga cawangan KK Mart diserang dengan bom petrol, masing-masing di Bidor, Perak, Kuantan (Pahang) dan Kuching (Sarawak).

Selasa lalu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah. - Getaran, 5 Mac 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad