web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemerolehan Tanjong Energy Pada Harga Bidaan RM10.6 Bilion Diputuskan Oleh Pengurusan 1MDB – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:21AM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu cadangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pemerolehan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) pada harga bidaan RM10.6 bilion adalah keputusan pengurusan tertinggi 1MDB selepas konsultasi dengan Goldman Sachs.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai perkara itu dibuat oleh Lembaga Pengarah selepas mendengar taklimat pihak pengurusan.

Bekas peguam am 1MDB Jasmine, Loo Ai Swan, 50, berkata Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak memberi sebarang arahan mengenai cadangan tersebut mahupun keputusan akhir. 

Saksi ke-50 pendakwaan itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee: “Adakah Najib kata itu adalah keputusan beliau (mengenai cadangan  berkenaan)?” 

Loo: "Tidak, saya tidak fikir beliau berkata begitu."

Muhammad Shafee: “Beliau tidak memberi arahan untuk keputusan mahupun versinya, betul?”

Loo:” Ya, benar.” 

Loo juga berkata, beliau telah menyediakan resolusi pemegang saham dan menyerahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk mendapatkan kelulusan Najib.

Pada 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa Najib telah meluluskan cadangan itu pada Februari 2012.

Shahrol Azral juga memaklumkan mahkamah bahawa 1MDB Energy Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, telah mengambil alih TEHSB pada harga bidaan RM10.6 bilion dan Najib telah menandatangani dokumen itu dalam kapasiti beliau sebagai pemegang saham khas menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). 

Beliau juga yakin bahawa Najib, yang ketika itu memegang portfolio Menteri Kewangan, mengetahui butiran transaksi tersebut berdasarkan perbincangan dengan Jho Low melalui e-mel dan BlackBerry Messenger.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau (sebagai Perdana Menteri) untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad