web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Endau Kemalangan, Terima 19 Jahitan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 4:55PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib cedera pada mulut dan dagu akibat kemalangan di KM 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 5.30 petang dan Alwiyah menerima 13 jahitan dalam mulut serta enam jahitan pada bahagian dagu.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dipandu suami Alwiyah yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

"Kenderaan itu dinaiki Alwiyah bersama-sama enam ahli keluarganya.

"Akibat kemalangan, Alwiyah cedera pada bahagian dagu dan mulut serta menerima 19 jahitan ketika dirawat di Hospital Mersing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Razak, mangsa yang lain tidak cedera.

Pegawai Khas Alwiyah, Muhamad Amerul Muhamad dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan ADUN Endau itu diberikan sijil cuti sakit selama sembilan hari, bermula semalam.

"Justeru, segala jemputan dan program yang telah diatur di dalam jadual tidak dapat dihadiri oleh YB (Alwiyah).

"Beliau juga mendoakan agar program tersebut berjalan lancar serta menyampaikan salam takzim kepada semua," menurut hantaran itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

Amira Aisya, Alwiyah Talib Antara 15 Wanita Menang PRN Johor

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar