web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amira Aisya, Alwiyah Talib Antara 15 Wanita Menang PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 8:20AM

Amira Aisya Abd Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan 15 daripada 37 calon wanita berjaya memenangi kerusi masing-masing, manakala kesemua tujuh wanita dipertaruhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan PKR kecundang tanpa memenangi sebarang kerusi.

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz, 27, yang membuat penampilan pertama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa antara yang menyerlah apabila berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 7,114 setelah memperoleh 22,884 undi, menewaskan lima pencabar lain.

Ia sekali gus menjadikan beliau yang juga Setiausaha Agung MUDA, menjadi satu-satunya calon berjaya menyumbang kerusi tunggal untuk parti baharu yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya itu.

Turut mencuri tumpuan ialah calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang membantutkan hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi DUN Endau apabila berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 3,041 undi, menewaskan empat calon lain.

Alwiyah sebelum ini memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket BN sebelum memutuskan untuk menyertai Bersatu.

Calon wanita yang dipertaruhkan BN kali ini pula dilihat ‘beraksi cemerlang’ apabila sembilan daripada 14 mereka menang antaranya Nor Rashidah Ramli dan Rashidah Ismail yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing di Parit Raja dan Pasir Raja.

Selain itu, calon BN lain yang menang ialah Hasrunizah Hassan (Pulai Sebatang), Fauziah Misri (Penawar), Norlizah Noh (Johor Lama), Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Mahkota), Khairin-Nisa Ismail@ Md On (Serom), Haslinda Salleh (Tenang) dan N Saraswati (Kemelah).

Pakatan Harapan (PH) pula berjaya memperoleh kerusi melalui empat calon wanitanya iaitu Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor Marina Ibrahim, Gan Peck Cheng (Penggaram), Ng Kor Sim (Jementah) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

PRN Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding di negeri berkenaan berbanding 28 orang sewaktu PRU14 pada 2018, dengan BN mempertaruhkan calon terbanyak iaitu 14 orang, PN (enam), PH (lapan), Pejuang (empat), PKR (tiga) dan MUDA (dua).

Pilihan raya tersebut menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

ADUN Endau Kemalangan, Terima 19 Jahitan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad