web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru MRSM Pedofilia: Siasatan Ambil Masa Sebulan - Polis Kelantan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 9:05PM

Muhamad Zaki Harun - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan yang didakwa seorang pedofilia memerlukan masa sebulan untuk lengkap sepenuhnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, empat saksi telah dipanggil setakat ini dan siasatan masih di peringkat awal.

Menurut beliau, lebih ramai saksi akan dipanggil namun ia mungkin memgambil masa kerana kebanyakan mereka sudah menetap di luar Kelantan.

“Polis juga akan meneliti kandungan mesej antara bekas pelajar dan guru tersebut sebagai sebahagian daripada proses siasatan,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Kes melibatkan guru berkenaan mula tular di media sosial apabila seorang netizen yang menggunakan akaun @naylisabirawr_ memuat naik ciapan berkenaan kejadian itu pada 28 Mac lalu.

Ciapan dimuat naik oleh Nayli berkenaan guru pedofilia di MRSM Tumpat - gambar X
Ciapan dimuat naik oleh Nayli berkenaan guru pedofilia di MRSM Tumpat - gambar X

Jelas Nayli, dia dimaklumkan mengenai insiden menjijikkan itu oleh beberapa pelajar junior yang masih menuntut di MRSM berkenaan.

“Saya sukar untuk mempercayai bahawa guru pedofilia ini yang sudah terbukti seorang pedofilia masih mengajar di sana.

“Sewaktu saya berusia 13 tahun, saya diingatkan oleh pelajar senior agar berhati-hati dengan guru terbabit dan apabila saya bergelar pelajar senior, saya terpaksa melakukan perkara yang sama kepada pelajar junior,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi ciapan balas pada 29 Mac lalu memaklumkan, beliau telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan pada kadar segera.

“Pasukan khas daripada ibu pejabat MARA telah ditubuhkan dan akan bergerak ke MRSM Tumpat.

“Perkhidmatan guru itu juga sudah digantung sehingga siasatan selesai sepenuhnya “ katanya. - Getaran, 1 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Pedofilia: Polis Kelantan Panggil Pelajar, Guru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar