web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:19AM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan sumbangan kepada pelajar terpilih pada Majlis Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024 Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh, Nibong Tebal. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, intervensi jangka pendek melibatkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah, selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar.

Beliau menjelaskan intervensi jangka panjang pula adalah pembinaan sekolah baharu yang dijangka mengambil masa, namun KPM akan mencuba sedaya-upaya memastikan keselesaan pelajar.

"Dalam belanjawan lalu, 26 sekolah baharu diluluskan untuk dilaksanakan dan kita harap dengan sekolah baharu itu akan dapat kurangkan kepadatan pelajar di sekolah dan anak-anak kita dapat belajar dalam suasana selesa.

"Bagi penggunaan kabin pula, ada beberapa sekolah kita dah kenal pasti dari segi kapasiti tapi ia hanya pendekatan jangka masa pendek dan bagi tempoh jangka masa panjang mereka harus bersekolah di bangunan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jaulah Ramadan KPM 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh di sini, yang turut dihadiri Timbalannya Wong Kah Wong.

Fadhlina berkata, KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu tersebut dalam usaha memberikan keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar.

Menurutnya, ketika ini Selangor dan Kuala Lumpur antara negeri yang mempunyai isu kepadatan pelajar di sekolah.

Mengenai Program Jaulah Ramadan, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, ia satu usaha untuk menyemarakkan Ramadan dan meningkatkan takwa serta cakna warga KPM menerusi pelbagai aktiviti termasuk tadabbur al-Quran, iftar, solat tarawih dan moreh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar