web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Warga Israel Bersama 6 Pucuk Pistol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:02AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bercakap pada sidang media majlis berbuka puasa Jabatan-jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman di Masjid Al-Amin Briged Tengah PGA Cheras. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek, yang turut memiliki pasport Israel, dipercayai datang ke Malaysia untuk membunuh rakan senegaranya susulan masalah keluarga.

"Semasa tangkapan, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menemukan enam pucuk pistol dengan tiga daripadanya berisi peluru penuh selain terdapat 200 peluru lain. 

"Memandangkan isu yang berlaku di Palestin dan Israel, kita juga waspada terutama dalam aspek keselamatan serta meningkatkan kawalan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman di sini, semalam.

Razarudin juga berkata, semua senjata yang dirampas daripada suspek dipercayai diperoleh di Malaysia dan tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai rangkaian di dalam negara. 

Antaranya ialah Glock 19 Mariner, Glock 19 Gen 4, Smith &Wesson, SIG Sauer serta Stoeger dan semua senjata dibeli menggunakan mata wang kripto.

Ditanya sama ada suspek terlibat dalam aktiviti pengintipan, beliau berkata polis sedang menyiasat perkara itu.

"Mungkin suspek ada agenda lain datang ke negara ini dan telah menetap sekurang-kurangnya di dua hotel berlainan sejak memasuki UAE," katanya.

Razarudin berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 31 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 serta Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar