web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 5:26PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.

Gan Zhang Gui, 37, Cham Li Na, 34, Mohd Ismail Aiman Muhamad Radhuan, 26, dan Lim Chin Hock, 37, bersama-sama Tony yang masih dalam tahanan pihak berkuasa Peru, didakwa memperdagang dua wanita berusia 19 dan 25 tahun di sebuah rumah di La Laguna, La Planicie, La Molina, Peru pada 7 Oktober 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jumlah yang tinggi dikenakan terhadap mereka.

Peguam Hafızatul Shahirah Jamari, yang mewakili Lim dan Gan, memohon jumlah rendah atas alasan mereka menanggung keluarga, manakala peguam Ikram Ibrahim, yang mewakili Cham dan Mohd Ismail Aiman, pula memohon jaminan RM5,000.

Difahamkan kesemua tertuduh telah ditahan oleh polis Peru dan dihantar pulang ke Malaysia untuk siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad