web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Perlu Pastikan Masalah Rakyat Diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 9:06AM

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, disembah maklum berkenaan Pembentangan Projek Hospital Sultanah Aminah II Johor Bahru dan Pembentangan Projek Hospital Pasir Gudang. - gambar HRH Crown Prince of Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - "Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pemangku Sultan Johor itu bertitah fokus utama baginda ialah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan bagi negeri itu dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat. 

"Beta sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018, semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memberi sumbangan peribadi baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak.

"(Justeru), beta ingin melihat hospital-hospital ini dibina tepat pada masanya dan beroperasi secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada Bangsa Johor," titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail semalam.

Baginda bertitah demikian ketika lawatan ke tapak Hospital Pasir Gudang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani. 

Pada sesi lawatan itu, Tunku Mahkota Ismail disembah maklum berkenaan Pembentangan Projek Hospital Sultanah Aminah II Johor Bahru dan Pembentangan Projek Hospital Pasir Gudang secara terperinci.

Baginda turut berkenan meluangkan masa berangkat ke ruangan model bangunan Hospital Pasir Gudang.

"Kedua-dua hospital baharu yang bakal dibina itu adalah sangat penting untuk memberi kemudahan perubatan yang lebih baik kepada Bangsa Johor pada masa akan datang serta membantu menampung jumlah pesakit di hospital-hospital sedia ada di negeri ini," menurut hantaran itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad