web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kelantan Lulus 159 Permohonan Permit Jual Mercun, Bunga Api

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 9:08PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata baki permohonan berkenaan sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, polis akan menahan individu terlibat dengan aktiviti menjual mercun dan bungai api secara haram. 

"Apabila kami menerima maklumat daripada orang awam ada individu atau peniaga yang menjual secara haram tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang menjual tanpa permit yang dikeluarkan oleh pihak polis.

"Selain itu, kami melihat aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api semakin berkurangan selepas kejadian letupan berlaku di stor menyimpan mercun dan bunga api di Tak Bai, Thailand, baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Cawangan Khas Kelantan dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pada 16 Mac lepas, polis merampas 118 paket mercun bola yang mengandungi 11,800 biji yang ditinggalkan berdekatan pangkalan haram Pok The, Jeram Perdah di Pasir Mas namun tiada tangkapan dibuat. 

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad