web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 2:16PM

Inspektor Sheila. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan pegawai polis berpangkat Inspektor dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan memberitahu Majistret Illi Marisqa Khalizan representasi yang dikemukakan inspektor tular itu atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, masih lagi dalam semakan AGC dan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan sementara representasi itu diputuskan.

Hakim kemudiannya menetapkan 10 dan 11 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan kes, manakala 16 Mei ditetapkan untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan representasi berkenaan.

Pada 8 November lalu, Sheila, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini pada jam 5.26 petang 16 Jun tahun lalu mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkata, sekiranya keputusan representasi memihak kepada anak guamnya pada 16 Mei ini, perbicaraan tidak akan dijalankan.

"Anak guam saya juga mempunyai satu lagi kes yang akan disebut di Mahkamah Majistret Selayang esok," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar