Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Guna Segala Saluran Diplomatik Yang Ada Perjuangkan Isu Palestin - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:27AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menerusi Wisma Putra menggunakan semua saluran diplomatik yang ada untuk memberi tekanan kepada komuniti global supaya bertindak di atas nama kemanusiaan dalam isu Palestin, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, pada masa ini Malaysia bekerjasama rapat dengan negara-negara yang bersependapat dalam isu ini di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dalam memburu tiga perkara utama.

"Pertama untuk mendapatkan satu gencatan senjata yang tetap dan segera. Kedua untuk mendapatkan akses yang selamat tanpa halangan untuk menghantar bantuan, dan ketiga untuk memastikan kebertanggungjawaban, kerana melanggar undang-undang antarabangsa, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Terbuka dalam Isu Palestin: Tegakkan Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa - Apakah Peranan Malaysia? di Universiti Malaya di sini, semalam.
Mohamad berkata, rakyat Malaysia seharusnya menggemblengkan kekuatan dan semangat tidak mudah luntur dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Jalan di hadapan mungkin panjang dan mencabar tetapi Malaysia tidak akan berputus asa. Menerusi program wacana dan sokongan, kami berharap untuk menarik lebih banyak kerajaan untuk menyertai kami di atas aspek kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata, dalam melangkah ke hadapan prinsip yang membimbing usaha Malaysia di sisi undang-undang dan diplomatik adalah tiga tonggak utama iaitu menangani punca sehingga ke akar umbi, menegakkan undang-undang antarabangsa dan menamatkan situasi di mana pesalah bebas daripada apa-apa hukuman.

Semasa menjelaskan ketiga-tiga tonggak utama itu, Mohamad berkata, warga Palestin berhadapan dengan pendudukan yang menyesakkan nafas dan penindasan seumpama ini perlu dinoktahkan.

Beliau berkata, komuniti global perlu disedarkan bahawa dasar dan amalan Israel secara terang-terangan adalah pencabulan undang- undang antarabangsa dan Malaysia perlu bekerjasama dengan negara-negara bersependapat untuk menggunakan segala platform berkaitan sama ada Majlis Hak Asasi Manusia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menangani pelanggaran undang-undang secara terang-terangan oleh Israel.

Mohamad berkata, menamatkan situasi di mana pesalah bebas daripada apa-apa hukuman dalam hubungan antarabangsa termasuk mengkaji semula keistimewaan hak memveto dalam Majlis Keselamatan PBB.

Beliau berkata, veto telah menghalang Majlis Keselamatan daripada menerima pakai resolusi satu gencatan senjata kemanusiaan di Gaza dan Malaysia secara tekal menggesa supaya veto dimansuhkan untuk menegakkan prinsip Piagam PBB iaitu kedaulatan yang sama dalam kalangan semua negara.

Mohamad berkata, Malaysia percaya satu kempen yang berterusan boleh membangkitkan kos terhadap reputasi kerana menggunakan veto dalam situasi sedemikian.

Beliau berkata, Malaysia tidak akan berlembut sehingga warga Palestin boleh melaksanakan hak tak terpisah mereka tanpa rasa takut atau tanpa intimidasi, menikmati asas kebebasan serta hidup dengan aman dan bermaruah.

"Kami (Malaysia) tidak akan berhenti sehingga Palestin mendapat tempatnya yang betul sebagai sebuah negara anggota PBB sepenuhnya dan saya percaya generasi akan datang Malaysia boleh melihat balik dengan bangga bahawa kita berada di pihak yang benar dalam sejarah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

2

Luar Negara 5 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Politik 20 jam yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket