Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azalina Saran Guru Bantu Banteras Jenayah Seksual Kanak-kanak

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 9:12PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ini kerana pihaknya mendapati kes sedemikian gagal dilaporkan oleh warga pendidik sekali gus menyukarkan pihak berkuasa melindungi mangsa serta mengambil tindakan terhadap pelaku. 

Beliau berkata, pendidik perlu tahu bahawa mereka juga boleh didakwa sekiranya mengambil sikap tidak ingin masuk campur terhadap aduan atau luahan daripada murid yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

"Harapan kita ialah dalam tempoh lapan jam mereka berada di sekolah, cikgu dan guru besar boleh menjadi mata dan telinga untuk membantu kami mencari penyelesaian kepada kes jenayah itu... Kami mahu lebih ramai guru tampil membuat laporan berhubung perkara itu.

"Yang pemangsa itu dah tentu salah tetapi cikgu-cikgu janganlah diam dan tak ingin masuk campur kerana ia adalah satu kesalahan... kerana jika anda tahu dan anda tidak melaporkannya, anda boleh didakwa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Mengenai Perlindungan Murid Daripada Ekploitasi Seksual di sini, hari ini.

Turut hadir pada konvensyen yang bertujuan memberi penerangan kepada warga pendidik mengenai kepentingan pematuhan Seksyen 19 itu ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Untuk rekod, Seksyen 19 memperuntuk hukuman ke atas mana-mana individu yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana individu lain untuk melakukan kesalahan itu.

Akta itu juga menghendaki mana-mana orang yang mempunyai maklumat sedemikian melaporkannya di balai polis berdekatan dan jika gagal berbuat demikian, boleh disabitkan kesalahan serta berdepan denda maksimum RM5,000.

Azalina juga berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) akan terus menjalin kerjasama dengan kementerian lain yang berkaitan bagi memastikan undang-undang di bawah akta itu mempunyai impak sepatutnya dalam kalangan masyarakat.

"Sebab itu kami mengambil pendekatan berbeza kali ini iaitu bekerjasama dengan semua pihak berkaitan iaitu bukan hanya memiliki undang-undang yang bagus malah memastikan pihak sekolah dan guru akan membantu kami dalam melaksanakannya," kata beliau.

Fadhlina pula berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menambah bilangan guru kaunseling terlatih bagi memenuhi keperluan semasa melibatkan pelbagai isu termasuk kesihatan mental dan disiplin murid.

Beliau berkata, pendidik juga sering diingatkan agar memberi lebih perhatian terhadap murid di sekolah dan mengamalkan sikap ambil tahu jika mendapati wujud tanda-tanda jenayah seksual berlaku terhadap kanak-kanak di sekolah masing-masing. 

Terdahulu, konvensyen sehari itu menyaksikan pemeteraian kerjasama antara BHEU dengan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung perkongsian data dan statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, memperbaharui modul latihan untuk guru serta warga KPM selain penganjuran program kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan keselamatan diri.

Kerjasama itu membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dalam sistem pendidikan itu akan berlangsung untuk tempoh dua tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 2 jam yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar