web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Kaunter LHDN Bermula 8 Pagi Hingga 4 Petang Sepanjang Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 3:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua Pejabat Cawangan LHDN akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang pada Isnin hingga Jumaat sepanjang Ramadan ini, mulai esok hingga 9 April kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi keempat-empat negeri itu, perkhidmatan pada Ahad hingga Rabu bermula dan tamat pada waktu sama, manakala pada Khamis, operasi ditetapkan bermula 8 pagi hingga 3 petang. 

Perkhidmatan HASiL Contact Centre (HCC) pula akan beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang manakala Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) di Kuala Lumpur untuk perkhidmatan tunai, kad kredit/debit beroperasi dari 8 pagi hingga 3 petang, sementara bagi perkhidmatan selain tunai dan kad kredit/debit, operasi berakhir 3.30 petang.

Kenyataan sama memaklumkan PPHT di Kuching bagi Bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Menurut LHDN operasinya di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara pula beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 4.30 petang hingga 8 April ini, dan hanya dibuka hingga 1 tengah hari pada 9 April. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad