web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembukaan Seksyen 11 WCE: Tol Percuma Selama 2 Bulan - Nanta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 4:24PM

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada majlis pembukaan plaza tol Laluan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Pemandu kenderaan yang melalui plaza tol Laluan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini tidak perlu membayar tol selama dua bulan bermula 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata tol percuma diberikan kepada pengguna yang memasuki lebuh raya itu dari Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas di kedua-dua arah hingga 11 Mei ini. 

"Terima kasih kepada pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana bersetuju supaya tol diberi secara percuma selama dua bulan di laluan yang difahamkan menelan belanja sebanyak RM422 juta ini.

"Pembukaan ini adalah tepat pada masanya memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadan esok dan Aidilfitri tidak lama lagi, tentunya laluan ini memberikan alternatif yang dinanti-nantikan.

“Kadar tol yang dikenakan selepas ini ialah 16 sen bagi satu kilometer," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pembukaan laluan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi pengguna yang memasuki WCE dari plaza tol yang dibuka sebelum ini seperti Plaza Tol Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara dan Changkat Cermin, nilai kadar tol bagi jajaran berkenaan akan dikenakan seperti biasa.

Nanta berkata, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan LLM sentiasa membuat kajian aliran trafik berdasarkan kapasiti sedia ada berbanding bilangan kenderaan di jalan raya diikuti dengan perancangan dan tindakan penambahbaikan untuk mengurangkan kesesakan terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad