web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Agro MADANI Beri Penjimatan RM7.87 Juta Kepada Rakyat-Arthur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 7:53AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Kurup. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Program Jualan Agro MADANI yang dilaksana di 1,227 lokasi di seluruh negara membabitkan 16,242 usahawan tempatan dari Januari hingga 3 Mac lepas telah memberikan penjimatan RM7.87 juta kepada rakyat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Kurup, berkata pada 2023, sebanyak 5,608 program Jualan Agro MADANI yang menawarkan harga barangan 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran telah dilaksana di seluruh negara membabitkan 74,800 usahawan serta nilai jualan RM93.7 juta. 

Beliau berkata, FAMA Sabah pula menganjurkan sebanyak 367 Jualan Agro MADANI yang mencatatkan nilai jualan keseluruhan RM5.2 juta dan membabitkan 3,990 usahawan.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui jabatan dan agensinya terus komited merancang serta melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup rakyat dan kini kita mengorak langkah dengan penganjuran sulung Jualan Agro MADANI Mega ke pedalaman Sabah.

"Usaha ini selaras dengan peranan kementerian selaku penggerak utama dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat,"menurutnya dalam kenyataan sempena Program Jualan Agro MADANI Mega yang dirasmikan beliau di Sook semalam.

Arthur berkata, program yang julung kali dilaksanakan dalam skala besar itu menarik penglibatan lebih 100 penjual serta menawarkan pelbagai produk agromakanan keluaran tempatan. 

Beliau berkata, pihak kementerian menjangkakan program itu mampu merekodkan jualan sebanyak RM250,000 dan menarik 5,000 pengunjung sepanjang penganjuran dua hari yang berakhir semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad