web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NGO, Korporat Disaran Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Menjelang Ramadan, Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:20AM

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada pelancaran Kempen Happening Raya di Seremban. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru lebih banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk mengambil peluang membantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama memberikan data dan maklumat golongan sasar terbabit bagi memudahkan proses pengagihan bantuan sekali gus meringankan beban mereka.

"Setiap tahun pada Ramadan memang banyak sukarelawan, NGO dan pihak korporat menerusi program korporat sosialnya (CSR) memberi sumbangan dan langkah itu kita memang alu-alukan dan galakkan lebih ramai lagi tampil membantu mereka yang memerlukan.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Memang semua pihak perlu bersama santuni mereka, ia bukan sahaja (tanggungjawab) kerajaan tetapi semua pihak mempunyai peranan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Kempen Happening Raya' di sebuah pasar raya di sini semalam.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga merupakan platform untuk menyatupadukan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama orang ramai.

Menurutnya, kementerian sentiasa menyambut baik segala usaha yang dilaksanakan oleh syarikat korporat dan swasta untuk memperkasa institusi kemasyarakatan dalam pengoperasjan perniagaan mereka. 

Noraini berkata, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sentiasa berusaha mendekati golongan sasar untuk diberi perhatian dan terkini pihaknya telah mengenal pasti individu serta keluarga kurang berkemampuan yang akan dibantu untuk persiapan Aidilfitri mereka. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad