web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi 3 Bulan Maut Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:10PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa bayi terbabit pada jam 3.31 petang dua hari lalu.

Beliau berkata terdahulu, bapa bayi berkenaan telah menghantar anaknya buat kali pertama ke pusat asuhan itu pada jam 8.30 pagi sebelum dihubungi pengurus pusat berkenaan dua jam kemudian memaklumkan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan dibuat.

"Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Shah Alam semalam (5 Mac) dan pihak polis sedang menunggu laporan makmal untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan awal terhadap bayi itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran mahupun dalaman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bayi Lelaki 3 Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Nahas: Bayi 6 Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad