web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki 3 Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 9:23PM

Bayi terbabit didapati tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya, sebelum dibawa ke Hospital Pakar An-Nur. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia ketika berada di sebuah pusat asuhan di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Kajang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, bayi terbabit didapati tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya, sebelum dibawa ke Hospital Pakar An-Nur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Mohd Zaid Hassan berkata, rawatan kecemasan diberikan kepada bayi itu, namun tiada tindak balas dan dia disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi tersebut dihantar ibunya pada jam 7.15 pagi ke pusat asuhan berkenaan dalam keadaan sihat.

“Pemeriksaan pada tubuh bayi tersebut tidak menemui sebarang kecederaan dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat, bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur kekerasan, tetapi disyaki wujud unsur kecuaian menyebabkan kematian bayi tersebut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, semakan mendapati pusat asuhan berkenaan beroperasi sejak tahun 2014 dan memiliki lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034, bagi menyalurkan maklumat,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran