web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan Di ICJ: Palestin Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:23PM

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali (kanan) menyampaikan rasa terima kasih warga Palestin kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu me atas Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

"Bagi pihak rakyat Palestin, kami mengagumi dan sangat menghargai mesej yang disampaikan Malaysia di The Hague," kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali pada sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Malaysia dalam menyampaikan kenyataan lisan pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di ICJ pada Februari mendesak Israel mesti menghentikan semua pencabulan yang berterusan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyampaikan kenyataan itu juga menyenaraikan empat elemen substantif utama hak untuk menubuhkan negara sendiri bagi rakyat Palestin - hak terhadap integriti wilayah, hak terhadap kesatuan wilayah dan perlindungan terhadap integritinya, hak terhadap kedaulatan kekal ke atas kekayaan dan sumber semula jadi, dan kebebasan untuk menikmati pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya.

Malaysia juga menegaskan mengenai kewajipan semua negara dunia untuk terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin dan sebaliknya menghentikan sebarang bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel. 

Duta itu juga melahirkan kebimbangan mendalam terhadap rakyat Palestin di Gaza menjelang Ramadan ketika Israel meneruskan serangan di wilayah yang dikepung berkenaan.

Beliau menggesa untuk gencatan senjata tanpa syarat dan segera di Gaza untuk memudahkan koridor kemanusiaan dalam menyampaikan bantuan yang mendesak kepada rakyat Palestin.

Bagaimanapun beliau ragu-ragu bahawa tentera rejim akan menghentikan serangan mereka.

"Ramadan amat bermakna kepada semua umat Islam. Tetapi tidak kepada semua pengganas di Israel pada masa ini. Perkara ini tidak akan pernah berubah sama ada pada Ramadan atau sebalikya. 

"Israel akan terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah," katanya.

Beliau turut mengecam Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, kerana mengesyorkan untuk menyekat kemasukan umat Islam ke Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.

Sekurang-kurangnya 30,410 orang penduduk Palestin terbunuh dan lebih 71,700 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran