web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Hidap Dimensia Pandu Lawan Arus Ditahan Di JB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 4:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita warga emas selepas dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh, berkata pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 13 saat di laman sosial X memaparkan sebuah kereta Honda Civic kelabu dipandu secara melawan arus, disyaki berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 2.50 awal pagi semalam.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 4.11 petang polis menahan seorang suspek wanita berusia 75 tahun bagi membantu siasatan setelah dipanggil ke Balai Polis Iskandar Puteri susulan tularnya video berkenaan," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita tersebut tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan wanita tersebut disyaki mengalami penyakit demensia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun lima tahun dan denda maksimum RM15,000. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad