web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Rekod 13 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Majoriti Kelesuan Haba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 6:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kes membabitkan strok haba dan sembilan kerana kelesuan haba.

"Kesemua kes disebabkan oleh aktiviti fizikal di luar bangunan semasa cuaca terik. Terdapat satu kes strok haba dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes kelesuan haba dirawat di wad biasa, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

"Manakala 11 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sembuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bilangan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah tujuh di Perak, Kedah (lima), dan satu di Sabah.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba, iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. 

Suhu panas tahap berjaga-jaga turut direkod di 21 kawasan iaitu seluruh Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang serta Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Lokasi lain Kuala Kangsar (Perak), Petaling dan Sepang (Selangor), Kuala Lumpur serta kawasan Beaufort di Sabah dan Limbang, Sarawak.

Sementara itu, Muhammad Radzi mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas terutama pada Ramadan ini seperti merancang aktivit di luar rumah dengan mengelak waktu puncak cuaca panas antara 11 pagi hingga 4 petang.

Beliau berkata, pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan kurang minum air boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

"Gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah seperti sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan, dan rasa mual.Keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan,dan koma.

"Awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal lasak dan tempoh berada di luar bangunan. 

Orang ramai diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan jika mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran