web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kesal Permohonan Palestin Di Persidangan Perlucutan Senjata Dibantah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:03AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Perlucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada persidangan Sesi 2024 di Geneva pada Rabu berkata, Malaysia berpendapat bahawa Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu.

Beliau berkata, Palestin adalah Negara Pemerhati bukan anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan 'state party' kepada perjanjian pelucutan senjata, iaitu Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (BTWC) dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang telah dirunding dan diterima pakai oleh CD.

"Malaysia menggariskan kepentingan prinsip keterangkuman dan multilateralisme dalam persidangan itu," kata beliau.

Katanya, Malaysia juga menggesa perluasan keanggotaan persidangan untuk penglibatan yang lebih luas dalam komuniti antarabangsa.

Mohamad berkata, Malaysia juga menyeru negara-negara anggota untuk bersetuju dengan Program Kerja dan menyatakan bahawa adalah penting bagi CD mengatasi semua halangan sebelum ia dapat memenuhi mandatnya bagi merundingkan instrumen pelucutan senjata dan pengawalan senjata.

Krisis global semasa membabitkan keamanan dan keselamatan antarabangsa sangat memerlukan CD untuk berfungsi dengan berkesan.

"Bagaimanapun, ketidakupayaan negara aggota CD untuk bersetuju dengan Program Kerja telah mengakibatkan kebuntuan yang berpanjangan selama lebih dua dekad," katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus terlibat secara konstruktif dengan negara anggota persidangan yang lain dan menyokong semua usaha yang menyumbang ke arah pelucutan senjata secara am dan lengkap.

"Sehubungan itu, kami menyeru semua negara anggota untuk segera mempamerkan kemahuan politik yang lebih besar, membina kepercayaan antara satu sama lain, serta fleksibel sepenuhnya untuk memajukan kerja substantif persidangan," katanya.

Mohamad berkata delegasi Malaysia menggariskan bahawa persetujuan terhadap Program Kerja tidak menjejaskan keputusan rundingan perjanjian pada masa hadapan.

Mohamad berkata, Malaysia kekal teguh menyokong pelucutan senjata nuklear yang mendatangkan kesan buruk bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga terhadap alam sekitar.

"Malaysia menegaskan bahawa penghapusan senjata nuklear sepenuhnya adalah jaminan mutlak menentang penggunaan atau ancamannya," katanya.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia dan Segmen Peringkat Tinggi CD, dari 27 hingga 29 Feb di Geneva, Switzerland.

Di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia, Mohamad bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dalam pelbagai isu hak asasi manusia, termasuk kerjasama melalui pejabat serantaunya di Bangkok.

Timbalan Menteri Luar itu juga menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan lawatan rasmi pertama Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad