web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Tumpu Isu Tarik Minat Siswazah Perubatan Dalam Perkhidmatan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 9:46AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari kedua persidangan Dewan Rakyat akan tertumpu kepada perancangan kerajaan dalam menarik minat siswazah perubatan untuk terus berkhidmat dalam sektor kesihatan awam, susulan kajian penghapusan skim pencen pada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu yang dijangka bermula tahun depan.

Perkara itu akan dibangkitkan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula akan meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan kaedah kerajaan menetapkan sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) diwujudkan menjelang 2025 dan sama ada ia boleh tercapai memandangkan penggunaan EV masih rendah.

Iskandar Dzulkarnain juga ingin tahu mengenai galakan yang disediakan bagi menarik lebih ramai golongan M40 untuk memiliki EV.

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkenaan jumlah generasi kedua Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang siap dibina dan syarat untuk memiliki rumah itu serta penjelasan beberapa projek tertangguh.

Selepas sesi soal jawab lisan, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula semalam.

Berdasarkan takwim melalui laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 19 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Мас.

Pembentangan serta perbahasan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain akan diadakan pada 18 hingga 27 Mac. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad