web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Lulus Pembesaran LTAPP, Kos Lebih RM1 Bilion - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 3:01PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

"Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender," katanya kepada media selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata, kerajaan berharap keseluruhan projek pembesaran LTAPP itu dapat dimulakan pada tahun ini dan siap dalam tempoh kira-kira empat tahun.

Selain itu, katanya, syarikat penerbangan AirAsia telah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan telah mendapat kelulusan awal untuk mengenakan caj tambahan bagi pelepasan karbon.

Loke bagaimanapun menegaskan bahawa bayaran itu adalah minimum dan ditentukan oleh kuasa pasaran, memandangkan sebarang cukai karbon yang tinggi boleh menjejaskan minat orang ramai.

"Ini bukan mandatori dan sesuatu yang perlu diputuskan sendiri oleh syarikat penerbangan, bergantung kepada strategi serta mekanisme harga masing-masing," katanya.

Beliau berkata, berbeza dengan Singapura, Malaysia sebaliknya mengambil pendekatan lain berkaitan komitmen berkenaan.

"Namun, bahan api penerbangan mampan (SAF) adalah mahal. Bagi membolehkan syarikat penerbangan melaksanakan penggunaan SAF, mereka perlu menaikkan harga (tambang) atau mengenakan caj tertentu ke atas penumpang," katanya.

Loke berkata, walaupun syarikat penerbangan tertentu berhasrat mengenakan caj karbon itu, kementerian melihatnya sebagai satu pilihan.

"Ada cara lain untuk melakukannya dari segi mengurangkan pelepasan karbon seperti kecekapan operasi. Sebagai contoh, bagaimana kita dapat memastikan pelepasan dan pendaratan pesawat secara lebih cekap dan teratur tanpa memakan tempoh lebih lama atau mengurangkan masa terbabit," katanya.

Usaha itu, katanya, memerlukan kerjasama pengurusan trafik udara yang tertakluk di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 2 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad