web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Perjelas Salah Tanggapan Mengenai Perkhidmatan Kardiologi Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 12:49PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) bersama hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus berfungsi sebagai pusat rujukan untuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik, termasuk bagi penjawat awam, pesara dan tanggungan, dengan pihak kerajaan menanggung kos rawatan mereka.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata, sepanjang dua dekad lalu, IJN dan KKM kekal sebagai rakan kongsi berterusan dengan IJN menyokong hospital awam melalui rujukan pesakit, dan pada masa ini 10 hospital KKM menawarkan perkhidmatan kardiologi, dan tujuh menyediakan perkhidmatan kardiotorasik di seluruh negara.

"Hospital KKM juga serba lengkap dan dianggotai pakar-pakar perubatan serta pakar bedah bertauliah, menawarkan perkhidmatan yang setanding dengan IJN.

"Strategi merujuk kes-kes rumit dan kritikal kepada IJN bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber, di samping memastikan ada akses untuk orang awam mendapat perkhidmatan di hospital KKM. 

"Sehubungan itu, berkongsi beban pesakit dengan IJN tidak boleh disalah anggap sebagai sebarang bentuk ketidakupayaan di pihak hospital KKM," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada satu artikel dalam sebuah portal CodeBlue semalam, yang antara lain membayangkan bahawa IJN telah merujuk pesakitnya dalam kalangan penjawat awam dan pesara, ke hospital KKM sebagai salah satu usaha kerajaan mengurangkan kos.

Sepucuk surat oleh seorang pesara kerajaan yang tidak dinamakan disiarkan portal itu antara lain mengatakan bahawa pesara berkenaan mendakwa dia dibenarkan keluar wad (discharged) selepas menerima rawatan rapi di IJN.

Dalam kenyataan hari ini, KKM berkata, pesakit dibenarkan keluar (discharged) dari IJN hanya apabila keadaan mereka stabil, dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk orang dewasa dan satu hingga dua tahun untuk kanak- kanak, dan pesakit-pesakit yang telah stabil itu kemudiannya kembali ke hospital KKM untuk rawatan berterusan di bawah jabatan kardiologi dan kardiotorasik.

Menurutnya, pendekatan strategik ini membolehkan kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, memaksimumkan keberkesanan kos.

"Adalah wajar untuk menekankan bahawa kos yang berkaitan dengan rujukan pesakit ke IJN ditanggung oleh pembiayaan persekutuan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan.

"Dengan perbelanjaan untuk rujukan ini meningkat setiap tahun, langkah kawalan kos yang berhemat adalah penting untuk merawat seramai mungkin pesakit dengan sumber sedia ada, memastikan keadilan kepada pembayar cukai," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN Selepas Tidak Sedarkan Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad