web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Titah Agong Kepada Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara Harus Dipatuhi – Mutang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:36PM

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya menunjukkan contoh yang baik ketika bersidang harus dipatuhi bagi memastikan kualiti perbahasan dapat dipertingkat sekali gus memupuk sifat saling menghormati sesama Ahli Dewan.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, berkata berdasarkan sesi persidangan lepas yang boleh ditonton secara langsung menerusi kaca televisyen dan media sosial, sesetengah Ahli Dewan dilihat menunjukkan tabiat kurang sopan serta suka memaki hamun.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dan Senator berpengalaman dalam pelbagai bidang, mereka sepatutnya menyuarakan kepentingan dan permasalahan rakyat bukannya membangkitkan isu politik yang tidak berkesudahan serta saling memburukkan antara satu sama lain.

"Pada akhirnya, rakyat ingin tahu sama ada kebimbangan mereka seperti kos sara hidup boleh diselesaikan manakala infrastruktur seperti kesihatan, perkhidmatan sosial dan pendidikan disediakan untuk mereka bukan hanya di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.

"Untuk Ahli Dewan Negara, semua itu adalah perkara yang senator perlu bangkitkan, jangan bawa isu politik semata-mata, kita tidak mahu dilihat sebagai pak turut," katanya kepada Bernama hari ini. 

Terdahulu, Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas ketika bersidang.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini bertitah, tindakan termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen terbabit jika mereka masih berdegil.

Mutang berkata, ruang perbahasan yang ada harus digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan isu semasa untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan pada masa sama, emosi dan perasaan perlu dikawal ketika persidangan berlangsung. 

"Mereka harus menguasai diri sendiri dan perasaaan supaya dapat memberikan perbahasan yang baik, bernas dan jangan bercakap perkara remeh-temeh sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara," kata beliau yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 19 Februari lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar