web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Suka Sistem Banyak 'Red Tape' - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 4:00PM

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini mahu kecekapan proses kerja dan tadbir urus setiap agensi kerajaan sentiasa dinilai dan ditingkatkan, bagi memastikan tiada red-tape atau karenah birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan.

"Saya tidak suka dengan sistem yang banyak red-tape," tegas Seri Paduka Baginda ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah, jentera kerajaan diingatkan supaya meningkatkan kecekapan dan mengamal prinsip kerja berintegriti, supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

"Agensi penguatkuasaan juga hendaklah menjalankan siasatan dengan lebih cekap dan cepat, supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Semua kes yang telah dibawa ke mahkamah juga mestilah segera diadili, supaya kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara sentiasa dipelihara," titah Seri Paduka Baginda pada istiadat yang turut dihadiri Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan perasaan sukacita Seri Paduka Baginda atas kedudukan Malaysia di tangga ke-29 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2023, dalam aspek kecekapan kerajaan.

Seri Paduka Baginda bertitah mengalu-alukan usaha berterusan, bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan perkhidmatan agensi kerajaan.

Dalam aspek keselamatan makanan negara, Yang di-Pertuan Agong bertitah mahu kerajaan meningkatkan usaha dan galakan untuk pengeluaran barangan dalam negara, terutamanya bekalan makanan harian dan bahan mentah.

"Oleh itu, usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan hendaklah dibuat lebih tersusun, agar tahap jaminan makanan negara mencapai sasarannya.

"Pada masa sama, program membantu petani, penternak dan nelayan, ditingkatkan agar penghasilan dan pendapatan mereka berada pada tahap tinggi, titah Seri Paduka Baginda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad