web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Terharu Dapat Al-Quran Percuma Di Program MADANI Rakyat Zon Tengah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 1:07PM

KDN menyediakan 500 naskhah al-Quran untuk ditukarkan di reruai kementerian itu di Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Orang ramai yang mengunjungi Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor terharu dan gembira kerana dapat menukar al-Quran lama dan rosak dengan baharu secara percuma.

Tinjauan Bernama di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapat pengunjung tidak putus-putus hadir di kaunter KDN bagi menukar al-Quran yang antaranya sudah lama dalam simpanan mereka.

Warga emas Jaafar Abdul Hamid, 76, berkata beliau sangat bersyukur kerana petugas KDN tetap memberikan al-Quran secara percuma kepadanya walaupun beliau tidak membawa al-Quran lama kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

"Pakcik datang dari jauh, Sungai Besar. Bila pakcik nampak al-Quran ini, pakcik nak beli, tapi mereka cakap yang ini kena tukar yang lama bukan untuk dijual.

"Alhamdulillah mereka bagi percuma. Pakcik memang terharu, sampai nak meleleh airmata pun ada. Hanya Allah yang dapat balas jasa...maknanya Kerajaan MADANI ini terbaik," katanya dan menambah beliau mempunyai beberapa naskhah al-Quran lama di rumahnya.

Malala Said, 11, yang gembira diberikan al-Quran baharu itu berkata beliau bersama adik-beradiknya menukar al-Quran lama sejak semalam. 

"Semalam kakak saya tukar dua naskhah al-Quran. Hari ini saya tukar satu naskhah al-Quran yang saya telah baca selama enam tahun," katanya.

Sementara itu, Penolong Setiusaha  Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Arnajid Jimy, berkata sebanyak 500 naskhah al-Quran baharu disediakan untuk penukaran secara percuma sepanjang Program MADANI Rakyat itu.

Beliau berkata, sehingga pagi tadi, lebih 300 naskhah al-Quran ditukarkan merangkumi naskhah yang tidak mempunyai perakuan KDN, lama atau rosak.

"Melalui program ini, kita ajak masyarakat secara sukarela menyerahkan al-Quran yang tidak mempunyai perakuan daripada KDN ataupun al-Quran lama dan rosak, untuk kita gantikan al-Quran yang baharu yang mempunyai perakuan daripada KDN.

"Untuk al-Quran yang mempunyai perakuan, terdapat dua ciri utama yang pertama adalah mempunyai cop perakuan daripada KDN di lembaran terakhir naskah al-Quran dan yang mempunyai pelekat hologram di hadapan al-Quran tersebut," katanya.

Arnajid berkata, penting bagi umat Islam di Malaysia memastikan setiap naskhah al-Quran yang dimiliki itu telah disemak dan diperakukan serta disahkan oleh KDN demi memastikan setiap ayat, baris dan huruf di dalamnya tepat untuk dibaca mengikut Rasm Uthmani. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad